hola.
Demam Piala Dunia selama sebulan dah kebah dah. ramai la yang boleh tdo lena malam2 lps nih. kehidupan akan kembali normal sbb tdo dan berjaga ikut waktu Malaysia semula. bukan lagi waktu Afrika Selatan. hehehe.
Malas nak citer panjang takut korang bosan. so aku bagi point form je la.
Juara Dunia: Spain
layak menang walaupun serangan agak tumpul dgn hanya David Villa yang menyerlah. Torres tak pulih2 dari kecederaan. tapi pemain tgh mereka antara yang terbaik dunia especially Xavi Hernandez.
Spain di puncak dunia.
Iniesta jaringkan gol kemenangan Spain
*Iker Casillas menang Anugerah Sarung Tangan Emas (Golden Glove) selaku penjaga gol terbaik Piala Dunia
*Andres Iniesta menang Pemain Terbaik Perlawanan Akhir
Tempat Kedua: Belanda
main agak kasar dan ganas pada perlawanan akhir. hilang punca dan gagal kawal tekanan. klu diorang main mcm lawan Brazil hari tu aku rasa diorang ade peluang nak menang Piala Dunia. tp syg seribu kali syg kerana mereka sanggup korbankan permainan cantik asalkan menang. tapi tak menang pun. Nigel De Jong sepatutnye dibuang padang sebab tendang dada Xabi Alonso. Arjen Robben plak sia2kan dua peluang keemasan. tak nak plak dia jatuh masa Puyol tarik dia tu. kalau tak, bukan main lagi dia berlakon. huhuhu.
John Heitinga kene buang padang.
Robben sia2kan peluang pertama.
Tempat Ketiga: Jerman
bagi aku, Jerman adalah pasukan terbaik selepas Spain. pemain2 muda Jerman sgt2 hebat dan berbakat terutamanya Thomas Mueller, Mesut Ozil dan Sami Khedira. mmg respect sgt2 kat team nih. mungkin pengalaman je yang memisahkan diorang dgn Spain. tp aku rasa Euro 2012 nnt mesti team nih akan meledak.
Thomas Mueller baru berumur 20 tahun.
*Thomas Mueller menang Pemain Muda Terbaik
*Thomas Mueller jugak menang Anugerah Kasut Emas (Golden Boot) dengan 5 gol
- walaupun ada 4 pemain yang jaringkan 5 gol, Kasut Emas diberikan kepada Mueller sebab dia ada 3 assists
Tempat Keempat: Uruguay
satu2 nye pasukan amerika selatan yang layak ke separuh akhir. satu kejutan juga kerana tiada siapa yang menjangkakan mereka akan mara sejauh itu. walaupun kemenangan ke atas Ghana pada suku akhir disifatkan tidak adil, mereka tetap layak mara ke peringkat seterusnya.
Diego Forlan, pemenang Bola Emas.
*Diego Forlan menang Bola Emas (Golden Ball) sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia 2010
walaupun tak beraksi di final, dia layak menang sbb permainan uruguay byk bergantung kepadanya selaku penyerang utama dan kapten pasukan.
p/s: lepas nih musim liga2 utama eropah akan bermula lagi. Liga Malaysia ada orang kisah?? huhuhu








0 comments:
Post a Comment